Thursday, August 1, 2013

Manik raya lagikkk...

Assalamualaikum w.b.r.....

Sedar tak sedar sekarang sudah masuk 24 Ramadan...cepat sungguh masa berlalu yer. Sekarang nie akak tengah guna gear 4 ko, nak siapkan tempahan manik pelanggan....aduiiiiii mati den....tapi jangan mengeluh,semua itu rezeki dari Allah. Akan akak gagahi untuk siapkan tempahan nie...lagipun ada 2 pasang lagi belum siap.

Ini antara koleksi manik yang sudah siap dan dah hantar pada customer pun. Kebiasaannya yang hantar baju ini pun regular customer yang memang setia. terharu betul dengan sokongan diorang pada jahitan manik akak. Ucapan ribuan terima kasih pada customer-customer akak yang sudi hantar baju untuk di bling-blingkan manik.

Jadi enjoy viewing yer semua...




Customer hantar 3 pasang baju...yang 1 pasang lagi mahu dihiasi dengan Shimmering flora...so tunggu kemunculan SF pula yer....Paten yang simple but still elegan tuk digayakan di pagi raya nanti...Harga masih lagi berpatutan...hehehehe

Yang ini pula busana dihiasi dengan kain lace yang sangat cantik dan diperincikan dengan taburan pearl di sekeliling lace untuk menaikkan seri busana raya ini. Harga yang ini still lagi berpatutan walaupun nampak sarat dengan perincian pearl. Dont worry yer, akak tak caj mahal sangat....





No comments:

Post a Comment